Sejarah Nadi Putra

Bas Nadi Putra di Putrajaya Sentral.

Ditubuhkan pada 20 Mei 1999, Nadi Putra mula beroperasi dengan 14 laluan meliputi hampir semua kawasan di dalam Putrajaya sejak Julai 1999. Perkhidmatan bas tersebut telah diswastakan dan diserahkan kepada GETS Global Berhad pada tahun 2018.

Pembayaran tanpa tunai telah dilaksanakan pada Januari 2018, menggunakan Kad Putra ; penggunaan kad tersbut telah dihentikan selepas dua tahun untuk betukar kepada sistem pembayaran kod QR .

Sejak dari 1 November 2020, perkhidmatan bas Nadi Putra ditawarkan secara percuma bagi warganegara Malaysia berkuat kuasa.[2] Walau bagaimanapun, aplikasi Nadi Putra masih diwajibkan untuk pengesahan kontak serta pengesahan kewarganegaraan. Beberapa laluan baru juga dirancang pada waktu itu, ketika di bawah kerajaan Perikatan Nasional.[3]

Bermula 1 Januari 2023, Perbadanan Putrajaya mengubahsuai semula laluan bas Nadi Putra, dengan operasi dipindahkan ke Rapid Bus (rangkaian bas utama Rapid KL). Semua laluan, kecuali laluan P101, tidak lagi percuma, dengan bayaran RM1 setiap perjalanan menggunakan kad Touch n' Go.

Rujukan

WikiPedia: Nadi Putra https://web.archive.org/web/20170428142311/http://... https://web.archive.org/web/20170720163223/http://... http://portal.ppj.gov.my/c/journal/view_article_co... https://paultan.org/2020/10/27/perkhidmatan-bas-pe... https://paultan.org/2017/12/05/deftech-produces-ma... https://www.jwp.gov.my/images/publications/booklet... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08... https://careta.my/article/isu-bas-nadi-putra-tidak... https://www.facebook.com/nadiputraofficial/posts/1... https://www.facebook.com/story.php/?story_fbid=pfb...